Bulan Madu | Pakej Bulan Madu | Honeymoon | Bulan Madu 2017

Pakej Percutian Bulan Madu!

Terma & Syarat

Sila baca terma dan syarat tempahan yang telah ditetapkan dengan teliti yang menghubungkan lovebulanmadu.com dan anda melalui laman web ini.

Pastikan anda membaca dengan teliti semua serta, syarat dan polisi lovebulanmadu.com sebelum membuat pengesahan tempahan. Anda dikira bersetuju dengan semua terma dan syarat setelah butang pengesahan di tanda semasa membuat tempahan. Sebarang pertanyaan berkenaan terma dan syarat, sila hantarkan email kepada lovebulanmadu.com@gmail.com

  • Anda boleh menggunakan laman web ini untuk sebarang pertanyaan, pengesahan, tempahan, berkongsi idea serta maklumat hotel. Sekiranya didapati anda membuat spekulasi, tempahan haram atau yang merumitkan, kami berhak membatalkan tempahan anda.
  • Semua perkhidmatan diberikan adalah berdasarkan kepada butiran yang tertera dalam voucher. Sekiranya anda ingin membuat penukaran pakej setelah pembayaran dibuat, tempahan baru hendaklah dibuat tetapi bergantung kepada polisi tempahan pakej yang sebelumnya.
  • Bayaran yang telah dibayar tidak akan dipulangkan sekiranya anda tidak menepati jadual perjalanan, walaupun ia tertera sebagai masih belum digunakan lagi.
  • Sebarang caj tambahan yang terhasil disebabkan oleh perubahan mesti dibayar kepada operator lawatan secara terus.
  • Lovebulanmadu.com tidak akan bertanggungjawab atas sebarang penangguhan yang diduga atau tidak semasa lawatan dan pemindahan, kehilangan, kemudaratan ke atas individu atau kerosakan barangan, kematian dan kemalangan semasa perjalanan, peperangan atau ancaman peperangan yang mengakibatkan penangguhan perkhidmatan, keadaan cuaca yang luar biasa, tindakan atau mogok industri, rusuhan atau gangguan tempatan atau kekacauan, masalah akibat kebankrapan, ketakmampuan bayar, perdagangan operator dihentikan atau keadaan-keadaan lain yang boleh menjejaskan anda.
  • Maklumat yang diberi di dalam borang penempahan hendaklah tepat dan betul bagi memudahkan team lovebulanmadu menghubungi anda sekiranya perlu..
  • Pembayaran deposit diperlukan selepas tempahan dibuat. Pembayaran penuh hendaklah dibuat sebulan sebelum tarikh bertolak.
  • Sekiranya tempahan dibuat di saat-saat akhir, kekosongan bergantung pada hotel dan bayaran penuh diperlukan. Setelah tempahan dijamin oleh hotel dan anda membuat pembatalan serta merta, bayaran penuh diperlukan.
  • Pembayaran melalui kad Kredit diterima tetapi perlu dibuat di pejabat lovebulanmadu.com. Kad kredit yang diterima adalah Visa dan Master.
  • Surat pengesahan tempahan merupakan satu dokumen penting dan anda harus mencetaknya. Surat pengesahan ini merupakan bukti penempahan dan pembayaran pakej yang telah dibuat.
  • Senarai informasi Hotel yang disertakan bersama maklumat yang disediakan oleh pihak hotel. Kami menghasilkannya berdasarkan maklumat yang diberi. Pihak kami sentiasa memastikan isi kandungan laman web memberikan maklumat tepat dan terkini mengenai ke semua rangkaian hotel kami. Namun pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya maklumat dan senarai hotel tidak disediakan dengan tepat,  adanya kesilapan, keciciran atau mengelirukan.
  • Laman web kami adalah di bawah team lovebulanmadu.com sahaja. Sebarang perhubungan jaringan yang menyebabkan dibawah tajaan dan perakuan oleh pihak lovebulanmadu, kami tidak diperakui terhadap kandungannya.
  • Kami tidak bertanggungjawab memperuntukkan perkhidmatan dan kemudahan yang telah ditempah sepertimana dijanjikan dalam sebarang bentuk keadaan diluar kawalan kami atau ejen, pembantu atau wakil kami atau disebabkan seperti yang dinyatakan dibawah:
  • Peperangan atau ancaman perang;
  • Rusuhan atau gangguan ketenteraman awam;
  • Pengganas atau ancaman keganasan;
  • Perbalahan Industri atau ancaman perbalahan industri;
  • Tindakan negara atau kerajaan tempatan;
  • Kemusnahan alam semulajadi dan nuklear;
  • Kebakaran atau banjir;
  • Keadaan cuaca buruk;
  • Masalah teknikal pengangkutan;
  • Lapangan terbang dan pelabuhan ditutup atau penuh;
  • Pembatalan atau perubahan jadual pengangkutan;

Hot Deals!